Reaksi Masyarakat Terhadap Neologisme Neologisme

Neologisme sebenarnya adalah suatu pekara yang biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Namun begitu, kata-kata yang baru dicipta oleh seseorang itu harus melalui ujian ahli lingustik dan juga masyarakat itu sendiri untuk menjadi sebuah perkataan yang mantap dan diterima umum. Bagi ahli lingustik, neologisme adalah tidak digalakkan sekiranya terdapat perkataan lama yang mampu menyampaikan maksud yang sama untuk perkataan baru itu. Dengan kata lain, neologisme hanya digalakkan sekiranya ia adalah perlu, iaitu semasa tiada kata lama yang dapat menyampaikan sesuatu ideal yang baru.Ahli masyarakat secara umumnya akan mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap neologisme, ada yang suka dan ada yang bantah. Mereka yang suka kepada neologisme mungkin kerana "ia rasa sedap".Sekiranya sesuatu perkataan yang baru yang berjaya melalui ujian-ujian ini, maka ia akan diterima masuk ke dalam kamus dan dengan itu ia akan menjadi perkataan yang mantap